Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang - PAS TIADA AURA


TAHNIAH BN.

Sejak pukul 6:15 ptg mataku ralit melihat skrin LIVE keputusan yang bertukar2 dari masa ke semasa.Dan keputusan terus menerus memihak kepada BN.Sehingga ke jam 7:55 mlm pula keputusan menunjukkan :

ZULKEFLY MOHAMAD OMAR : 2578
MOHD ISA ABD SAMAD : 8013
MAJORITI : 5435
JUMLAH UNDI ROSAK : 222

5ribu lebih beb majoriti..PAS menang 2ribu lebih je? Yang ramai2 buat kecoh kat sana tu sapa eh? Pengundi ke pecacai yang di import dari luar? kehkehkeh.

Senyumanku semakin lebar apabila sms masuk bertalu-talu 'menceritakan' tentang keputusan tidak rasmi kemenangan dan majoriti besar yang diperolehi BN di Bagan Pinang.

Yeah,aura BN masih kuat dan amat sukar di bolosi PAS.Walaupun selalu di gebangkan tentang 'history' TS Isa tapi apadehal kan? Sedangkan DSAI yang terperosok bertahun dalam tahanan atas kesalahan MORAL pun boleh menang..ni kan pulak cerita 'sekecil' ini.

Yang penting rakyat Bagan Pinang masih mempercayai kepimpinan BN membawa kemajuan di sana dan TS Isa masih diterima rakyat.

Lepas ni mari kita tadah telinga mendengar alasan PAS di atas kekalahan mereka.Pastinya tajuk tentang UNDI POS,PENGUNDI HANTU,WANG SOGOKAN dan SPR tidak telus adalah antara sebab yang masuk dalam list kekalahan mereka.Dan tunggu jugak list berjela sebab-sebab kekiokkan tragis PAS dari blogger-blogger PRO mereka ini.Oh ye..gambar pun ada.hihi...Tapi ada kita kisah? Bak kata mereka dolu2..Menang tetap Menang..eleh,macam tak biasa..dorang kan dah biasa menang PRK..takkan lah tak paham-paham kan?

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri ~


Saat berkata..
mungkin pernah berdusta
Saat berjanji..
mungkin pernah mengingkari
Saat bercanda..
mungkin pernah menyakiti
Kekurangan dan kekhilafan milik manusia..

Akan pergi bulan suci ramadhan
Syawal yang penuh keberkatan ini akan menjelma

Saya,Qasehnuryz menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tersalah kata,tersilap bahasa kepada teman-teman blogger,pembaca setia blog DISJ,semua chatters di chatroll KOMUNITI CERIA AIDC,rakan2 mod AIDC dan semua yang mengenali diri ini.

Salam Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin..Pada yang pulang ke kampung,bawaklah kete
laju2 yeh...ingat lah rendang ketupat ayam itik di kampung.kehkhekkehe

Tuesday, September 15, 2009

16 SEPTEMBER..Ku Teringat Kisah Lama..

Pada yang masih ingat..tarikh yang sama,pada tahun lepas yakni 16 September 2008..beberapa bulan sebelum menghampiri September nan indah,negara telah 'digemparkan' dengan dakwaan kerajaan bakal bertukar tampuk pemerintahan.Laluan Anwar ke Putrajaya semakin mudah?Perkara ini kononnya telah di rancang lebih awal?Bilangan MP yang akan LOMPAT parti telah mencukupi? Hanya tunggu masa untuk di khabarkan? Lawak antarabangsa paling sengal malahan di percayai ribuan penyokong tegar DSAI.Dan mereka semakin galak membakar semangat penyokong kerajaan bahawasanya perkara ini bukan main-main."Ini betul-betul bukan COBAANNNN..."

Kononnya mereka telah ada 'angka tersebut'- ANGKA yang 'bisa menggegarkan' usus besar kerajaan yang sedia ada.Lalu terjadilah drama kejar mengejar wakil rakyat PR di luar negara,perhimpunan mencari publisiti murahan juga di adakan.TAPI...kesudahannya? Sangat sardis...

Dan semua lakonan badut-badut kelas pertama ini telah di pertontonkan secara free pada rakyat nan tercinta untuk di nilaikan oleh mereka secara waras namun sayangnya masih ada yang masih bermimpi di siang hari.

Nah...esok genap setahun.Impian nak jadi PM hancur berkecai di tengah jalan.Buat penyokong DSAI...sudah2 lah jadi TIPAH TERTIPU...terang-terangan anda di kencing ANWAR sampai hancing.

Ingatlah..selagi ALLAH tidak mengizinkan 'ia' terjadi..'ia' tetap tidak akan terjadi walau apa pun usahanya.

Saturday, September 5, 2009

PRK Bagan Pinang - PRK ke 9

Sekali lagi kita akan menghadapi PRK yang terbaru.Kali ini di Bagan Pinang berikutan kematian ADUN BN Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban.Takziah buat keluarga Allayarham.Moga beliau di tempatkan di kalangan orang beriman.

Maka.........nak tanak kena hadapi juga PRK ke-9 ini.Dan kita akan lalui sekali lagi gelombang fitnah,hentam menghentam,tuduh menuduh dan sbgnya...Moga,semua itu dapat di kurangkan sempena menghormati bulan puasa.Bloggers expecially...nak memberi input,pastikan berfakta.Jangan main hentam kromo saja,buat penyedap rasa.Ingat..anda juga akan dapat 'SHARE' melalui penulisan anda.

Selamat berpuasa....dan selamat bersopping raya :))

QN akan slow sikit meng'update blog berikutan kesibukan tugas yang sudah menanti.Selasa ni bermula la cabaran baru di tempat baru.Akhirnya..tanpa di rancang,aku tinggalkan jua Pelabuhan tersohor Malaya ni..Apa pun,langkah harus di teruskan.No turning back..ehek:P


Ku Kan Tetap Menjadi Bintang di Langit :)


Tuesday, September 1, 2009

Petua Berjaya Yang Luar Biasa

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.

Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.

Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.

Pertandingan memanjat pokok pinang.

30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.

Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.

“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.

“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.

Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.

Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.

“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.

“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.

Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.

“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.

“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.

Cicak terus mencanak.

Batang pinang dipanjat tak kira orang.

Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.

Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.

Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.

Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN

Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.



 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com